7 October 2012

Siapakah CDM Azlan & CDM Siti Rohana??

Assalamualaikum wbt,

Walaupun bermula tanpa sokongan padu suami, CDM Siti Rohana tetap cekal dan bersemangat kental dalam mengharungi cabaran bersama Hai-O Marketing. Beliau percaya bahawa, untuk benar-benar layak digelar usahawan terhebat dan disegani, beliau mestilah menjadi jaguh dalam bidang keusahawanan serta diakui sebagai bukan calang-calang usahawan. Kejayaan akan menyusul hasil daripada kegigihan dan kecekalan.






CDM Azlan yang pada mulanya tidak berminat untuk menceburi perniagaan jualan langsung, memerhatikan sahaja penglibatan dan pengorbanan isterinya CDM Siti Rohana. Namun, setelah diperkenalkan dan memahami sistem pemasaran yang dijelaskan oleh CDM Madon, beliau terus mengorak langkah dengan berbekalkan pemikiran positif dan usaha yang tidak mengenal jemu. Beliau gigih membina dan mengukuhkan kumpulan dan sangat komited untuk melahirkan seramai mungkin rakan kongsi yang berjaya melalui proses duplikasi.


Beliau percaya bahawa setiap manusia mempunyai keistimewaan tersendiri iaitu potensi dan kehebatan yang tersembunyi. Keistimewaan ini mesti dicungkil dan digilap untuk menempa kejayaan yang hebat dan cemerlang.




“Perjuangan kita hari ini menentukan kejayaan atau kegagalan kita hari esok.” 

Pasangan ini berasa cukup puas hati apabila melihat ramai rakan kongsi yang pernah mereka bimbing berjaya dan terus cemerlang. Semangat kerja berpasukan dan kejayaan yang dibina bersama kumpulan adalah tonggak pencapaian cemerlang bagi pasangan CDM ini. Kejayaan yang mereka kecapi membuatkan mereka tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya yang selesa dan terjamin tidak lama dahulu.
 
Bersama mengecapi hasil usaha mereka. Kalau mereka boleh kenapa kita tidak boleh??!




“PERJALANAN BERIBU-RIBU BATU BERMULA DENGAN LANGKAH PERTAMA”
“UBAHLAH SIKAPMU, ANDA AKAN MENGUBAH DUNIA INI”


Wassalam,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...